Garmin Forerunner 55 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM960

Diterbitkan pada Jun 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Garmin kini hadir dengan satu lagi model peranti boleh-pakai baharu buat pengguna di Malaysia. Melaluinya, mereka telah memperkenalkan Garmin Forerunner 55 yang merupakan kesinambungan daripada Garmin Forerunner 45 – dengan sejumlah penambahbaikan lebih menarik.

Bagi yang berminat, Garmin Forerunner 55 ditawarkan pada RM960 untuk seutas dengan beberapa pilihan warna menarik seperti Black, White dan Aqua. Anda boleh mendapatkannya menerusi sejumlah platform berbeza seperti Shopee, Lazada dan rakan kongsi sah Garmin di seluruh Malaysia.

Untuk spesifikasi khusus, Garmin Forerunner 55 dilengkapi skrin bersaiz 1.04-inci dengan resolusi 208 x 208 piksel yang dipadankan bersama tali berasaskan silikon. Seterusnya, jam tangan ini juga dilengkapi pelbagai sensor seperti pengimbas nadi, accelerometer, glonass, galileo, GPS dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan, ia juga menyokong kemampuan kalis air 5 ATM dan sistem pembayaran Garmin Pay. Kapasiti bateri tidak pula didedahkan secara khusus. Namun, tempoh penggunaannya mampu bertahan sehingga 14 hari dalam mod biasa atau 20 jam dalam mod GPS.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami