Realme GT Master Edition Dijangka Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Jun 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tindakan Naib Presiden Realme China iaitu Xu Qi yang memuat-naik gambar bersama pereka Jepun, Naoto Fukasawa ternyata mendapat perhatian ramai pihak. Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan Realme seakan mengacah dan memberi petanda kehadiran model baharu dengan kemasan edisi terhad Master Edition.

Biarpun belum ada kepastian, namun desas-desus awal yang mengatakan model berkenaan adalah Realme GT Master Edition kini mula kedengaran. Informasi ini diperoleh menerusi salah satu perkongsian oleh Digital Chat Station di Weibo miliknya. Katanya, model terkini Realme yang seterusnya bukanlah siri Realme X9 seperti yang digembar-gemburkan. Tetapi, Realme dipercayai dalam persediaan untuk pengenalan Realme GT Master Edition. Realme juga dijangka sekali lagi akan bekerjasama dengan Naoto Fukasawa untuk penghasilan peranti tersebut– yang juga merupakan pereka untuk kemasan pada Realme X2 Pro Master Editions sebelum ini.

Spekulasi awal mengatakan Realme GT Master Edition dijangka berkongsi spesifikasi yang sama seperti versi sedia ada. Cumanya, ia mungkin menampilkan kemasan lebih eksklusif sepertimana yang boleh kita lihat pada peranti Realme di bawah edisi Master Edition sebelum ini. Benar atau tidak, sama-sama kita nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak Realme sendiri berkaitan perkara ini.

Sumber : Gizmochina

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami