Xiaomi Malaysia Melanjutkan Tempoh Jaminan Untuk Pembeli Disebabkan Oleh PKP

Diterbitkan pada Jun 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi kini telah mengumumkan mereka akan melanjutkan tempoh jaminan untuk pembeli disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut Xiaomi, disebabkan oleh PKP, mereka kini telah menutup pusat khidmat pelanggan mereka di seluruh negara sehingga 28 Jun 2021 (atau sehingga PKP ditamatkan kerajaan). Disebabkan oleh itu, dalam memastikan pelanggan terus menikmati khidmat terbaik daripada Xiaomi, mereka akan melanjutkan tempoh jaminan kepada para pengguna Xiaomi.

Sekiranya tempoh jaminan produk Xiaomi yang dimiliki anda akan tamat antara 1 Jun 2021 sehingga 28 Jun 2021, Xiaomi mengatakan akan melanjutkan tempoh jaminan selama 3 bulan lagi bermmula tarikh luput jaminan.

Disamping itu, sekiranya anda membeli telefon pintar antara 1 Jun 2021 sehiingga 28 Jun 2021, Xiaomi Malaysia turut akan menawarkan tempoh jaminan tambahan selama 3 bulan.

Dan akhir sekali, Xiaomi turut mengatakan yang mana bagi pembelian antara 1 Jun 2021 sehingga 28 Jun 2021 juga akan diberikan tempoh pemulangan produk sehingga 21 hari – membolehkan pengguna tukar-ganti produk baharu yang dibeli, atau meminta pulangan wang kembali.

Dengan perkembangan ini, Xiaomi meyakinkan lagi pengguna dalam mendapatkan produk mereka berbanding jenama lain.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami