Google Memperkenalkan Tab Khusus Pada Play Store Untuk Aplikasi Yang Diluluskan Oleh Guru

Diterbitkan pada Jun 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google hari ini menambah sebuah tab khusus pada kedai aplikasi Google Play Store, dalam memudahkan ibu bapa mencari aplikasi berbentuk pembelajaran yang dinilai dan diluluskan oleh guru.

Dengan era pembelajaran dari rumah, disamping arena digital yang berkembang dalam memudahkan mengikuti kandungan – penyediaan ini akan memudahkan ibu bapa untuk memilih aplikasi yang sesuai untuk anak mereka dengan lebih mudah berbanding sebelum ini yang memerlukan ibu bapa mengujinya terlebih dahulu.

Google mengatakan mereka bekerjasama dengan sejumlah pendidik dalam menilai dan mengkategorikan aplikasi untuk membantu anak belajar, menimbulkan rasa inngin tahu, selain menjadikan pembelajaran interaktif dan menyeronokkan.

Dalam senarai aplikasi, Google menyatakan sebab aplikasi tersebut dinilai tinggi bagi membantu ibu bapa menentukan sendiri sama ada aplikasi itu sesuai untuk anak mereka. Aplikasi yang telah dinilai oleh para guru dan menepati piawaian kualiti Google juga akan menerima sebuah lencana “Diluluskan Oleh Guru“. 

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, boleh menyemak tab khusus ini di Google Play Store, dan memilih aplikasi yang bersesuaian untuk dipasang pada peranti yang digunakan anak anda untuk tujuan pembelajaran.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami