Shopee Bakal Memperkenalkan Khidmat Tempahan Makanan, ShopeeFood Di KL Dan Selangor

Diterbitkan pada Jun 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Shopee kini dilihat sedang dalam persiapan memperkenalkan perkhidmatan tempahan makanan dinamakan ShopeeFood di Malaysia. Dua lokasi terawal yang akan disokong adalah dilihat Kuala Lumpur dan juga Selangor.

Perkara ini diketahui melalui promosi pencarian rakan penghantar ShopeeFood di Kuala Lumpur dan juga Selangor.

ShopeeFood sebelum ini sedia diperkenalkan di Indonesia. Melalui ShopeeFood, ia akan membolehkan pengguna melakukan tempahan makanan, dan menerimanya terus di rumah – lebih kurang sama seperti GrabFood dan juga FoodPanda.

Dengan langkah ini, ia akan turut memperlihatkan ShopeeFood turut bersaing dalam pasaran tempahan makanan yang sedia disertai GrabFood, FoodPanda dan sejumlah syarikat lain.

Pencarian rakan penghantar ini sekaligus memberikan petanda yang mana ShopeeFood akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini. Pengenalan ini juga dijangka akan memberikan lebih peluang menjana pendapatan untuk rakan penghantar – selari dengan era PKP kini yang memerlukan orang ramai bekerja dan belajar dari rumah.

Dengan populariti Shopee, semestinya penyertaan ini salah satu yang dinantikan ramai – dan sama-sama kita lihat bagaimanakah penyertaan ini akan menguntungkan para pengguna di Malaysia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami