Bermula 23 Jun, Shopee Hanya Akan Memaparkan Syarikat Kurier Yang Menghantar Selepas Diproses Penjual

Diterbitkan pada Jun 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bermula hari ini, 23 Jun 2021, Shopee kini telah mengumumkan yang mana mereka akan memaparkan syarikat kurier penghantaran hanya selepas penjual memproses penghantaran sahaja.

Perubahan ini hadir selepas sebelum ini Shopee menyembunyikan syarikat kurier daripada laman membuat pembelian. Apa pun, pengguna dapat melihat syarikat kurier yang akan terlibat selepas membuat pembayaran.

Shopee Logistik

Ia tidak diketahui mengapakah Shopee menyembunyikan paparan syarikat kurier selepas pembayaran dilakukan dan hanya memaparkannya apabila selepas penjual memproses penghantaran sahaja.

Hal ini mungkin kerana terdapat beberapa pembeli yang membatalkan pembelian selepas mengetahui syarikat kurier yang akan menghantarnya – sejurus selepas membuat pembelian. Dengan perubahan ini, ia akan mengelak penjual kehilangan tempahan berkenaan.

Bagi anda, adakah anda menyukai perubahan baharu inii?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami