Adakah Windows 11 Akan Memberikan Lebih Fokus Terhadap Skrin Sentuh?

Diterbitkan pada Jun 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kali terakhir kita melihat Microsoft memberikan fokus yang tinggi terhadap penggunaan skrin sentuh adalah ketika pengenalan Windows 8. Mungkinkah WIndows 11 turut akan direkabentuk supaya lebih mesra skrin sentuh?

Melalui video acah terbaru yang diterbitkan, Microsoft memperlihatkan fokus kepada sejumlah deria, termasuk pendengaran, penglihatan dan juga sentuhan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui apakah maksud keseluruhan yang dibawakan oleh video acah ini. Adakah ia perkakasan baharu? Adakah lebih fokus terhadap ciri-ciri visual dan audio? Adakah lebih mesra golongan kelainan upaya? Sama-sama kita nantikan esok untuk melihat sendiri pelancaran Windows generasi baharu ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami