Carian
Sukakan Gajet Premium? Miliki Jam Tangan Pintar HUAWEI Paling Premium – Siri HUAWEI WATCH 3 Dengan HarmonyOS 2
June 25, 2021 Ikhwan Nazri

Demi masa, manusia tidak akan rugi jika menilai masa itu emas. Aksesori jam pintar di tangan terdapat dengan pelbagai pilihan di pasaran dan HUAWEI hadir dengan siri HUAWEI WATCH 3, iaitu siri jam tangan pintar paling premium yang beroperasi menggunakan HarmonyOS 2.

Sewaktu pengenalan peranti HarmonyOS bulan Mei yang lalu, siri HUAWEI WATCH 3 turut diperkenalkan dan hadir dengan rekaan yang premium, menyerlahkan keperibadian pengguna. Ia hadir dengan bentuk permukaan bulat, satu bentuk yang sesuai dan tidak dimamah zaman. 

Siri HUAWEI WATCH 3 terdiri dari dua ahli iaitu HUAWEI WATCH 3 dan HUAWEI WATCH 3 Pro. Apa yang membezakan keduanya adalah dari segi kemasan badannya. HUAWEI WATCH 3 hadir dengan badan aluminium bergred industri aeronautik, dipadankan dengan tali berasaskan Fluoroelastomer.

Selain dari itu, HUAWEI WATCH 3 dilengkapi dengan bateri 450 mAh, memberikan waktu operasi mod pintar sepenuhnya selama 3 hari berterusan atau 14 hari sekiranya digunakan dalam mod jam tangan biasa. Manakala HUAWEI WATCH 3 Pro dilengkapi tubuh titanium dengan panel kaca nilam premium yang tahan lasak, disempurnakan dengan pilihan tali jam titanium dan tali jam kulit, sekaligus meletakkan perbezaan antara yang Pro dan yang model biasa. 

HUAWEI WATCH 3 Pro juga dilengkapi dengan bateri bersaiz 790 mAh, lebih besar dan memberikan waktu operasi yang lebih lama. Dengan fungsi mod pintar, ia boleh beroperasi sehingga 5 hari, dan jika pengguna memillih fungsi mod jam tangan biasa, ia boleh bertahan sehingga 21 hari. 

Kedua-dua jam ini mempunyai ketahanan 5ATM kalis air, dengan permukaan kaca melengkung 3D dan tahan calar dan cap jari, sekaligus memberikan keyakinan kepada anda untuk membawa jam ini dimana sahaja dalam pelbagai situasi yang anda hadapi.

Panggilan Menggunakan eSIM

Jam tangan HUAWEI WATCH 3 turut dilengkapi dengan fungsi-fungsi yang pelbagai, melengkapi urusan seharian anda. Malah sekiranya anda berhasrat untuk bersenam atau berjogging tanpa membawa telefon pintar bersama, anda boleh melakukannya tanpa risau sekiranya akan terlepas sebarang panggilan.

Ini kerana pada siri HUAWEI WATCH 3, terdapat sokongan eSIM yang membolehkan jam tangan pintar ini untuk melakukan panggilan, menerima panggilan, dan juga membolehkan anda menghantar mesej ringkas. Lebih dari itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi telesidang HUAWEI MeeTime tanpa sebarang masalah. 

Dan sekiranya terdapat sebarang kejadian tidak diingini, jam tangan pintar ini juga berkebolehan untuk membuat panggilan kecemasan dalam apa jua keadaan. Anda boleh memilih eSIM dari Maxis, Digi dan U Mobile yang menyokong penggunaan eSIM. 

Boleh Dicaj Pada Telefon Pintar

Kebanyakan jam tangan pintar hadir dengan kabel pengecasannya yang tersendiri dan perkara ini mungkin melecehkan. Ia kerana pengguna perlu membawa kabel pengecasan bersama, dan ketiadaan kabel sebegini semestinya merugikan sekiranya jam tersebut ketiadaan bateri. 

Sekiranya anda memilih untuk memiliki salah satu siri HUAWEI WATCH 3, anda tidak perlu risau kerana pada saat sebegini, anda boleh mengecas jam tangan pintar ini dengan peranti anda yang menyokong pengecasan berbalik. Sekiranya telefon pintar anda mampu mengecas peranti lain, maka jam tangan pintar ini boleh dicaj dengan cara ini. 

Tetapi apabila dilihat semula kepada keupayaan bateri peranti ini, dengan HUAWEI WATCH 3 yang boleh bertahan sehingga 3 hari dalam mod pintar, dan HUAWEI WATCH 3 Pro yang boleh bertahan selama 5 hari dalam mod pintar, mungkin anda tidak perlu terlalu risau bateri akan habis sebelum masanya. 

Pemantauan Kesihatan Sepanjang Masa 24 Jam

Banyak jam tangan pintar di pasaran hadir dengan fungsi kesihatan namun tidak semuanya berupaya memantau kesihatan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ini kerana ia adalah bergantung kepada keupayaan bateri jam tangan pintar justeru terdapat sahaja peranti yang hanya mengesan degupan jantung apabila diperlukan.

Ini sangat jauh berbeza dengan siri HUAWEI WATCH 3 yang berupaya memantau kesihatan sepanjang masa kerana keupayaan baterinya. Dan apabila ia berupaya memantau sepanjang masa, pengguna turut boleh mengetahui tahap degupan jantung, kadar tidur, tahap stress dan juga kadar SpO2.

SpO2 merupakan penilaian keperluan oksigen untuk badan. Ia memberikan bacaan sekiranya badan menerima oksigen yang cukup untuk melakukan tugas seharian. Ia juga ditambah dengan HUAWEI TruSeen 4.5 yang akan memantau degupan jantung seharian secara berterusan, memberikan lebih maklumat terhadap tahap kesihatan pengguna. 

Sekiranya anda risau dengan tahap stres anda, HUAWEI WATCH 3 akan memberikan cadangan untuk melakukan senaman pernafasan yang dapat mengurangkan tekanan sstres anda. Dan pemantauan berterusan ini sehinggalah ke waktu tidur, yang dapat menentukur corak tidur anda, dan membuatkan tidur anda lebih baik dengan data yang diperoleh.

Pembantu Pintar Sepanjang Masa 24 Jam

Tidak cukup dengan pemantauan kesihatan sepanjang masa, siri HUAWEI WATCH 3 turut dilengkapi dengan pembantu pintar sepanjang masa. Terdapat aplikasi Voice NotePad yang membolehkan anda menyimpan nota semudah menyebutnya. Anda tidak perlu menaip atau melukis, tetapi cukup sekadar bercakap kepada jam tangan pintar anda, dan nota suara anda akan dirakam menggunakan mikrofon berkualiti tinggi sebagai nota yang cukup jelas boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang. 

Mungkin anda tidak akan menggunakan nota suara sepanjang masa namun pembantu pintar ini akan sentiasa bersedia dan mengetahui sekiranya terdapat sebarang kejadian tidak diingini dialami pengguna. Tidak terhad sekadar mampu melakukan panggilan kecemasan terdapat fungsi yang mengesan sekiranya pengguna akan jatuh (Fall Detection) dan akan memberikan notifikasi untuknya.

Jika pada situasi tertentu jam tangan pintar ini mempunyai sambungan rangkaian internet yang lebih baik dari telefon pintar, anda boleh melakukan panggilan menerusi MeeTime terus dari jam tangan pintar ini baik menggunakan rangkaian eSIM atau WiFi. Terdapat pembesar suara berkualiti tinggi pada peranti ini jadi pengguna tidak perlu khuatir akan kualiti panggilan tersebut. Mudah lagi memudahkan. 

Memberikan Pengalaman Hidup Aktif Lebih Menyeluruh

Menarik sekali mengenai siri HUAWEI WATCH 3 adalah sokongan 100 jenis senaman dan latihan kecergasan. Sekiranya anda merasa bosan dengan sesuatu senaman dan ingin mencuba sesuatu yang baru, pilihan yang banyak ini pastinya menguntungkan pengguna. 

Ini lebih-lebih lagi dilengkapkan dengan fungsi Dual GPS yang terdapat padanya dan siri HUAWEI WATCH 3 merupakan jam tangan pintar pertama di dunia yang hadir dengan teknologi sebegini. Ia memberikan kepersisan dan kejituan yang lebih tinggi dalam merekodkan aktiviti kecergasan anda sepanjang hari.

Jam Tangan Pintar Pertama Dikuasakan HarmonyOS 2

Melengkapi kesemua spesifikasi, fungsi, dan teknologi adalah sistem operasi HarmonyOS 2 yang terdapat pada siri HUAWEI WATCH 3. Ia menyokong kesemua aplikasi di Malaysia yang terdapat menerusi HUAWEI AppGallery sekaligus memberikan lebih nilai kepada anda.

HarmonyOS 2 juga turut memberikan pengalaman penggunaan yang menyeluruh dan sempurna kerana ia bleh digunakan pada peranti yang lain, tidak terhad kepada hanya HUAWEI. Paparan antaramuka secara grid, memudahkan pengguna dalam memilih aplikasi dan melakukan sebarang operasi fungsi padanya. Pengguna malah boleh menggunakan gerakan tangan, semudah mengangkat tangan yang digenggam bagi menjawab panggilan. 


Siri jam tangan pintar HUAWEI WATCH 3 yang hadir pada dua variasi, iaitu HUAWEI WATCH 3 dijual pada harga RM 1,699 manakala HUAWEI WATCH 3 Pro dijual pada harga RM 2,199. Untuk pra-tempah sehingga 6 Julai, pengguna turut akan menerima hadiah khas untuknya.

Pengguna yang melakukan pra-tempahan HUAWEI WATCH 3 akan menerima aksesori HUAWEI Freebuds 3i dan tali jam bernilai RM 548 sementara pra-tempah HUAWEI WATCH 3 Pro akan menerima HUAWEI Freebuds 3 dan tali jam bernilai RM 828.

Kedua-dua peranti ini boleh dipra-tempah di 3 platform berlainan iaitu kedai rasmi HUAWEI Vmall, Shopee, Lazada dan juga serta . Dapatkannya sewaktu pra-tempah bagi memperoleh nilai tambah yang lebih tinggi. 

Penafian: Advertorial dari HUAWEI Malaysia

Komen