Carian
Hashrate Harian Bitcoin Berkurangan 50% Selepas China Mengharamkan Perlombongan Kripto
June 24, 2021 Effi Saharudin

Hashrate ialah kadar kuasa pemprosesan komputer setiap saat yang digunakan untuk melombong wang kripto. Lebih tinggi bermakna lebih baik. Tetapi menurut The Block, hashrate Bitcoin kini telah merosot hampir 50% berbanding hanya sebulan yang lalu.

Bitcoin

Semalam hashrate adalah 86,000 peta hash sesaat (PH/s) tetapi ini adalah hampir separuh dari 168,000 PH/s pada 15 Mei yang lalu. Penurunan mendadak ini adalah disebabkan perlombongan kripto telahpun diharamkan di China minggu ini. Hampir 50% aktiviti perlombongan kripto global dilakukan di China dengan ia mencecah 65% pada awal tahun lalu.

Nilai wang kripto turun mendadak sejak sebulan yang lalu juga menyumbang kepada penurunan hashrate. Ketika artikel ini ditulis, nilai 1 Bitcoin ialah RM 139,813, hampir separuh dari nilai tertinggi RM 269,883 yang dicapai pada bulan April yang lalu.

Sumber The Block

Komen