Cari @ Amanz

Seperti yang semua sedia maklum, Honor baru sahaja melancarkan beberapa peranti baharu di bawah siri Honor 50. Ianya terdiri daripada Honor 50, Honor 50 Pro dan Honor 50 SE. Menariknya lagi, Honor turut mengesahkan bahawa mereka bakal menyertakan kembali sokongan Google Mobile Services (GMS) pada peranti keluarannya.

Siri Honor 50

Kini, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa Honor dalam pembangunan untuk peranti 5G mampu milik yang dijana dengan cip MediaTek Dimensity 700. Meskipun nama khusus untuk model berkenaan masih belum diketahui. Namun, beberapa spesifikasi utama pada peranti telah mula didedahkan.

Peranti berkenaan dipercayai hadir dengan skrin bersaiz 6.6-inci LCD yang menyokong kadar segar semula 90Hz. Bukan itu sahaja, ia juga akan dilengkapi paparan hadapan jenis berlubang dan sistem tri-kamera dengan sensor utama 64-Megapixel. Kapasiti bateri tidak didedahkan secara khusus, namun ia bakal menyokong pengecasan pantas 22.5W. Ia juga dikhabarkan bakal menjadi model dengan rangkaian 5G berpatutan daripada jenama ini kelak.

Sumber : Gizmochina

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd