Astro hari ini mengesahkan yang mana pengguna kelak boleh mengikuti kandungan Netflix terus melalui Astro. Dengan langkah ini, pengguna tidak memerlukan sebarang pelan yang dibayar asing, tetapi boleh menguruskan terus bersama dibawah bil Astro.

Astro mengatakan integrasi ini akan diperkenalkan tidak lama lagi, dan boleh dinikmati pengguna yang menggunakan kotak Ultra atau Ulti Box.
Buat masa ini, Astro hanya membuka halaman pendaftaran minat untuk produk baharu ini. Astro mengatakan mereka akan berkongsi lanjut berkenaan penawaran pelan Netflix dan bila ia akan ditawarkan tidak lama lagi.
Sebelum ini, Astro sedia memulakan usaha menjadi hab perkhidmatan penstriman dengan menawarkan akses kepada kandungan HBO dan juga Disney+ Hotstar. Dengan integrasi Netflix ini, adakah kita akan dapat melihat Astro mengulangi kejayaan yang mereka melakukan menjadi hab penawaran siaran televisyen, dan berjaya menjadi hab penawaran perkhidmatan penstriman video pula?