Cari @ Amanz

Sejak beberapa hari lepas, ramai pengguna melaporkan yang aplikasi Google kerap tergendala. Aplikasi akan tutup tersendiri dengan notifikasi pop-naik menyatakan, aplikasi Google kerap berhenti berfungsi. Ia berlaku secara rawak tidak kira kepada pengguna aplikasi versi stabil ataupun beta.

Pada awalnya, Google menyarankan pengguna untuk membuang data cache dan juga data storan aplikasi agar ia ditetapkan semula kepada tetapan lalai. Syukur, dengan pantasnya Google mengemaskini aplikasi ini untuk ia kembali berfungsi seperti biasa. Kini, Google menyarankan pengguna untuk mengemaskini aplikasi ini agar masalah yang sama tidak lagi berlaku.

Memandangkan tidak semua peranti menjalankan versi aplikasi Google yang sama, menurut Google versi kemaskini yang diedarkan adalah bermula daripada 12.24 dan ke atas. Asus ZenFone 8 Flip menunjukkan versi 12.24.7.23, Samsung Galaxy Z Fold2 pula adalah versi 12.24.10.23 sama dengan pada Mi 11.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd