Adobe Memperkenalkan Substance 3D Collection Untuk Menghasilkan Karya Tiga Dimensi

Diterbitkan pada Jun 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adobe ialah syarikat yang bertanggungjawab memajukan teknologi perisian kreatif seperti Photoshop, Premiere Pro, Flash, After Effects dan banyak lagi. Malahan kesan khas grafik terawal dari filem The Abyss dihasilkan menggunakan perisian Photoshop. Namun begitu Adobe tidak mempunyai reputasi hebat dalam program 3D berbanding Autodesk. Minggu Adobe Substance 3D Collection telah dilancarkan sebagai sut perisian lengkap untuk menghasilkan karya tiga dimensi.

Di dalam Adobe Substance 3D Collection perisian yang ditawarkan ialah Adobe Substance 3D Stage untuk menghasilkan karya 3D, Adobe Substance 3D Painter untuk menghasilkan tekstur objek 3D, Adobe Substance 3D Sampler untuk menghasilkan bahan dan sistem cahaya 3D dan akhir sekali Adobe Substance 3D Designer untuk menghasilkan aset 3D. Apabila kesemua perisian digabungkan, Adobe berkata ia cukup berkuasa untuk menghasilkan kesan khas, lukisan 3D realistik dan objek untuk permainan video.

Adobe Substance 3D dilancarkan selepas Adobe mengambil alih firma Allegorithmic hampir tiga tahun yang lalu. Seperti kesemua produk Adobe Creative Suite, Adobe Substance 3D ditawarkan secara langganan bulanan dengan Adobe Substance 3D Collection ditawarkan pada harga S$52.62 (~RM163) sebulan manakala sut Adobe Substance 3D Texturing (mengandung Painter, Sample dan Designer) pada harga S$26.30 (~RM82) sebulan

Sumber Adobe Substance 3D

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami