Cari @ Amanz

Bagi para penerbit video di YouTube, anda mungkin sedia mengetahui yang mana anda boleh membuatkan video anda disenaraikan untuk tontonan umum, atau dilabelkan “Tidak Tersenarai” (Unlisted) – membuatkan ia tersembunyi dan diakses mereka yang mempunyai pautan sahaja, dan akhir sekali adalah “Peribadi” (Private) yang menyembunyikan terus video berkenaan.

Terbaru, YouTube mengumumkan mereka akan menyembunyikan (menjadikan “Peribadi”) sejumlah video yang dimuat-naik sebelum Januari 2017 dan dilabelkan “Tidak Tersenarai” ketika itu. Perubahan pada video YouTube ini akan dilakukan bermula 23 Julai 2021 kelak.

Perubahan pada YouTube ini hadir selari dengan kemaskini sekuriti yang dilakukan oleh Google untuk perkongsian pautan Google Drive.

YouTube kini telah mula memaklumkan berkenaan perkara ini, dan turut memberikan kebebasan bagi penerbit kandungan untuk tidak terlibat dalam kemaskini ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd