Microsoft Tidak Akan Mengambil Potongan Jualan Untuk Aplikasi Yang Dijual Melalui Microsoft Store

Diterbitkan pada Jun 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam pada masa kita melihat syarikat-syarikat teknologi gergasi seperti Apple, Google, Valve, Epic Games Store dan sebagainya bergaduh tentang pengambilan potongan jualan pembangun aplikasi, Microsoft yang baru-baru ini dinilai pada harga $2.0 trilion membuat suatu kejutan besar sebentar tadi.

Sewaktu acara pelancaran sistem operasi Windows 11, Panos Panay, Ketua Pegawai Produk di Microsoft mengesahkan bahawa dengan Windows 11, Microsoft tidak lagi akan mengambil potongan keuntungan jualan untuk aplikasi-aplikasi yang dijual pada platform Microsoft Store.

Ini bermakna bahawa pembangun yang membangunkan aplikasi untuk Windows 11 akan mendapat 100 peratus daripada pendapatan mereka apabila perisian tersebut dijual melalui Microsoft Store.

Setakat ini ia masih tidak diketahui lagi apakah pelan Microsoft untuk membuat keuntungan selain daripada jualan sistem operasi tersebut dan juga langganan perkhidmatan-perkhidmatan digital dan atas talian mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami