Windows 11 Akan Ditawarkan Melalui Windows Insider Bermula Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Jun 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft sedia mengatakan Windows 11 akan ditawarkan bersama sejumlah komputer baharu bermula penghujung tahun ini, selain mana kemaskini akan diberikan secara berperingkat bermula penghujung 2021, dan secara meluas pada awal 2022.

Apa pun, bagi anda yang berminat untuk mengujinya, Microsoft akan menawarkan Windows 11 melalui Windows Insider bermula seawal minggu hadapan.

Dengan langkah ini, pengguna boleh menguji sistem operasi generasi baharu ini secara rasminya pada minggu hadapan.

Microsoft turut memberikan peringatan supaya tidak memuat-turun sebarang fail daripada laman pihak ketiga atau sumber yang tidak sah – sekaligus melindungi sistem daripada menjadi mangsa siber.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami