Microsoft hari ini telah pun memperkenalkan Windows 11 secara rasminya – sekaligus berkongsi sejumlah ciri yang akan dibawakan, termasuk spesifikasi untuk menggunakannya.
Seperti ramai sedia maklum, Windows 11 akan ditawarkan secara percuma untuk pengguna Windows 10. Spesifikasi minima yang diperlukan mungkin agak teknikal untuk ramai pengguna, dan untuk memudahkan proses menyemak, Microsoft menyediakan perisian dinamakan PC Health Check.
Bagi anda yang menggunakan komputer Windows 10, boleh memuat-turun perisian ini daripada Microsoft hari ini, dan seterusnya memasang ia pada komputer anda.
- Muat-Turun PC Health Check untuk Windows 10
Selesai memasangya, cuma jalankan perisian berkenaan, dan ia akan memaparkan spesifikasi komputer anda.
Pada tetingkap berkenaan, tap pada banner “Check Now”, dan ia seterusnya akan memaparkan sama ada komputer anda menyokongya atau tidak.
Jadi, dari semakan anda, adakah komputer anda menyokongnya?