Carian
Microsoft Beralih Kepada Kemaskini Utama Sekali Setahun Melalui Windows 11
June 25, 2021 Aman

Melalui Windows 10 sebelum ini, Microsoft telah mencuba kemaskini utama dua kali setahun. Walaupun ia menawarkan beberapa ciri-ciri baharu bersama dengannya, namun, ia sering hadir dengan masalah kestabilan dan pengenalan yang kadang-kala sedikit lambat daripada sasaran awal.

Apa pun, melalui Windows 11, Microsoft mengatasi masalah berkenaan – dan kembali kepada hanya satu kemaskini utama setiap tahun.

Windows 11

Dengan langkah ini, Microsoft dijangka akan dapat lebih memfokuskan kepada kestabilan dan pengenalan ciri yang lebih menarik.

Untuk makluman, Google turut melakukan perkara sama dengan Android, sementara Apple dengan macOS dan iOS – dimana hanya satu kemaskini utama diperkenalkan setiap setahun sekali.

Apa pun, Microsoft masih akan kekal menawarkan kemaskini sekuriti apabila diperlukan melalui Windows Update, selain penawaran Windows Insider yang menawarkan kemaskini dengan lebih kerap.

Komen