Cari @ Amanz

Sudah menjadi lumrah dalam dunia teknologi bahawa maklumat mengenai produk yang belum dilancarkan akan tertiris ke arena web. Kang, seorang peniris maklumat dari China mendedahkan beliau menerima amaran dari Apple untuk berhenti mendedahkan rahsia sekiranya tidak mahu disaman.

Beliau menggunakan platform Weibo untuk mendedahkan maklumat produk Apple yang belum dilancarkan dengan ketepatan yang tinggi. Tindakan beliau menurut Apple memberikan kelebihan kepada pesaing untuk melancarkan ciri yang sama lebih awal. Pada waktu yang sama maklumat yang ditiriskan boleh menyebabkan pengguna Apple mempunyai harapan tinggi terhadap produk yang belum dilancarkan.

Bagi mengelakkan diri dikenakan tindakan undang-undang, Kang berkata kini beliau akan berhenti berkongsi maklumat mengenai Apple. Apple semakin serius ingin mengelakkan maklumat mengena projek yang sedang dibangunkan tertiris. Seorang bekas kakitangan telah disaman selepas bukti beliau mendedahkan maklumat kepada media ditemui pada komputer yang dipulangkan.

Sumber Macrumors

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd