Lenovo Legion Phone Duel 2 kini rasmi pasaran Malaysia. Ia merupakan antara telefon pintar permua unik yang berbeza dengan pesaing, kerana cip pemproses diletakkan di tengah-tengah peranti bagi mengelakkan pemanasan yang berlaku pada kawasan yang disentuh oleh tangan ketika sesi permainan video.

Bagi memastikan prestasi kekal mantap, dwi-kipas penyejukan digunakan serta mempunyai sistem penyejukan kebuk wasap terbina. Untuk pengalaman permua lebih mengasyikkan, lapan butang kawalan diletakkan pada pelbagai lokasi di tubuh peranti. Legion Phone Duel dijual di Malaysia pada harga RM3,299 untuk 12GB RAM + 256GB, manakala RM3,899 untuk 16GB RAM + 512GB.

Skrin peranti adalah 6.92″ AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz dan mengesan sentuhan 720Hz. Cip pemproses Snapdragon 888, bateri sebesar 5500W dengan sokongan sistem pengecasan pantas 90W dan dua port USB-C. Masa pengecasan adalah 30 minit sahaja.

Untuk kamera utama, sistem 64+16 MP yang diletakkan pada bahagian tengah peranti manakala kamera swafoto pula sebesar 44MP yang diletakkan dalam mekanisme pop-sisi. Peranti ini menjalankan Android 11 dengan pelancar ZUI 12.5 yang terkini. Sistem audio stereo yang menembak ke hadapan turut disertakan kerana ia perlu pada sebuah peranti untuk permua moden.
