Samsung Galaxy Tab A7 Lite Boleh Didapati di Malaysia Pada Harga RM699

Diterbitkan pada Jun 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung kini hadir dengan sebuah lagi penawaran tablet baharu buat pengguna di Malaysia menerusi pengenalan Samsung Galaxy Tab A7 Lite. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya pada harga RM699 menerusi kedai atas talian rasmi Samsung.

Setiap pembelian akan disertakan dengan hadiah percuma menarik berupa kerangka tablet (bernilai RM89) dan langganan 108 Snap Learn e-Book selama 6 bulan (bernilai RM225). Mesra diingatkan, promosi hadiah percuma ini terhad sehingga 31 Julai sahaja.

Untuk spesifikasi khusus, Samsung Galaxy Tab A7 Lite dilengkapi skrin TFT 8.7″ TFT WQGA+, dijana cip MediaTek Helio P22, memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB dan bateri sebesar 5,100 mAh yang menyokong pengecasan 15W. Seterusnya, ia juga disertakan dengan kamera utama sebesar 8-Megapixel dan kamera swafoto 2-Megapixel. Ia juga mampu merakam video sehingga resolusi 1080p 30FPS.

Sepasang pembesar suara stereo disertakan dengan audio Dolby Atmos. Lain-lain spesifikasi termasuklah – Sistem operasi Android 11 berasaskan pelancaran One UI 3.1, port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm dan lain-lain. Terdapat dua pilihan warna yang boleh dipilih iaitu Gray dan Silver.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami