Selepas 60 Tahun NASA Akhirnya Membangunkan Mesin Basuh Untuk Angkasa Lepas

Diterbitkan pada Jun 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Yuri Gagarin ialah menjadi manusia pertama ke angkasa lepas pada tanggal 12 Apri 1961. Kejayaan beliau memacu Perang Angkasa Lepas di antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat. Setiap negara cuba membangunkan teknologi terbaru untuk membuktikan mereka lebih maju dari pesaing. Tetapi tahukah anda walaupun manusia sudah ke angkasa lepas lebih enam dekad, tidak ada satu negarapun pernah menghasilkan mesin basuh untuk digunakan oleh angkasawan.

NASA dengan kerjasama Procter & Gamble telah mengumumkan program membangunkan mesin basuh pertama untuk digunakan di angkasa lepas. Mesin basuh akan direka oleh NASA sementara Procter & Gamble pula membangunkan sabun basuh. Ia perlu membasuh baju angkasawan dengan menggunakan jumlah air yang sedikit dan kemudian dikitar semula untuk diminum. Ini adalah cabaran yang besar kerana ia tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Sekiranya semua berjalan lancar, “Mission PGTide” (P&G Telescience Investigation of Detergent Experiments) akan dilancarkan pada tahun 2022 untuk menguji mesin basuh pertama di stesen angkasa antarabangsa (ISS).

Jadi selama ini bagaimanakah angkasawan membasuh baju? Jawapannya ialah mereka tidak membasuhnya langsung. Seluar dalam akan dipakai selama 3-4 hari sebelum ditukar. Baju pula mungkin dipakai selama berbulan lamanya sebelum diganti. Pakaian yang kotor (dan juga sampah sarap) kemudiannya dimasukkan ke dalam kapal angkasa Progress buatan Rusia sebelum dihantar semula ke bumi. Ia akan terbakar ketika proses nyah-orbit.

Pembangunan mesin basuh angkasa lepas adalah perlu untuk misi ke Marikh dan penerokaan di masa hadapan. Pada waktu ini bekalan baju baharu dihantar ke ISS dengan kos mencecah $10,000 untuk setiap pound.

Sumber Procter & Gamble

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami