Realme Bakal Memperkenalkan Pengering Rambut Dan Pencukur Janggut Tersendiri Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Jun 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme nampaknya kelihatan begitu aktif mengembangkan sayap perniagaan dalam menghasilkan barangan keperluan pengguna. Selepas hadir dengan Realme TechLife Robot Vacuum yang merupakan sebuah robot penyedut hampagas lengkap dengan sensor LiDar. Terkini, Realme bakal memperkenalkan pengering rambut dan mesin pemotong jaggut tersendiri pula.

Dikenali sebagai Realme Beard Trimmer dan Realme Hair Dryer, kedua-dua produk ini akan membuat kemunculan rasmi pada 1 Julai depan. Reakaan dan spesifikasi penuh pada kedua-dua produk turut telah diperlihatkan sepenuhnya menerusi laman web rasmi Realme India. Buat masa ini, hanya penawaran harga rasmi sahaja yang masih menjadi teka teki – yang mana ada diumumkan ketika acara pelancaran kelak.

Untuk spesifikasi khusus, Realme Beard Trimmer mempunyai rekaan minimalis seperti produk-produk lain di pasaran. Ia mempunyai sehingga 20 tetapan berkunci dan menampilkan sikat yang boleh dilaras sehingga 10mm mengikut ketebalan yang dimahukan. Dengan bateri 800mAh, pemotong janggut elektrik ini mampu bertahan sehingga 120 minit dengan penggunaan kerap. Pengecasan pula dilakukan menggunakan port USB-C.

Seperti sejumlah pengering rambut yang lain, Realme Hair Dryer turut dilengkapi modul pintar untuk mengawal suhu untuk mengeringkan rambut dengan haba yang sekata. Di samping itu, ia juga mempunyai motor 1400W serta dilengkapi kipas yang menghasilkan udara sepantas 13.8m/s.

Sumber : Realme Techlife

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami