Cari @ Amanz

Pengguna Western Digital My Book Live dinasihatkan supaya mencabut storan mereka dari capaian Internet segera bagi mengelakkan data dipadam tanpa kebenaran. Pengguna storan awanan peribadi ini mula melaporkan kehilangan data dan sesetengahnya dikembalikan ke tetapan kilang asal tanpa kebenaran mereka.

Western Digital sudahpun menyedari masalah ini wujud dan saranan di atas diberikan sementara mereka mencari penyelesaian. Mereka tidak menemui sebarang bukti bahawa sistem storan awanan mereka telah digodam dan percaya besar kemungkinan ia berlaku kerana wujudnya perisian hasad. My Book Live tidak lagi disokong secara rasmi oleh WD dengan kali terakhir kemas kini diberikan adalah enam tahun yang lalu.

Pengguna yang terkesan kini tidak mampu berbuat apa-apa kerana data yang dipadam tidak berjaya dikembalikan. Sistem My Book Live berfungsi sebagai storan awanan peribadi yang boleh diakses tanpa sambungan fizikal menerusi Internet. Pengguna boleh menyimpan data peribadi ke My Book Live menerusi pelbagai peranti.

Sumber Arstechnica

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd