Garmin Descent Mk2S Dengan Komputer Menyelam Kini Di Malaysia Pada Harga RM4799

Diterbitkan pada Jun 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdapat banyak jam tangan pintar yang menjejak aktiviti sukan seperti berenang, maraton dan yoga. Tetapi bagi golongan yang serius mengenai aktiviti mereka, Garmin ialah jenama yang paling dipercayai dapat menjejak dengan ketepatan tertinggi. Kini di Malaysia Garmin Descent Mk2S telahpun dilancarkan dan ia hadir dengan ciri unik menjejak aktiviti menyelam skuba.

Garmin Descent Mk2S boleh mengesan kadar penggunaan kandungan tangki udara. Mod yang disokong adalah oksigen, nitrox, trimix, sistem udara kitaran semula dan banyak lagi. Ia juga boleh menunjukkan berapa lama pengguna sudah menyelam, kandungan Nitrogen dalam darah dan memberikan saranan menyelam yang selamat.

Jam tangan pintar dilengkapi skrin 1.2″ dengan kaca nilam, storan 32GB, ketahanan bateri sehingga 7 hari dan ketahanan menyelam sehingga 10 ATM. Dalam mod menyelam, ia boleh bertahan sehingga 30 jam. Selain fungsi menyelam, ia juga masih boleh melakukan penjejakan standard seperti GPS, tapak, nadi, SpO2, barometer, dan accelerometer. Sistem kompas terbina turut boleh digunakan di bawah permukaan air.

Ciri pintar yang disokong ialah memaparkan notifikasi dari peranti dan juga mendengar muzik menggunakan Spotify. Peta ribuan laluan ski dan padang golf juga disertakan seperti kesemua jam tangan Garmin lain di pasaran. Di Malaysia Garmin Descent Mk2S kini ditawarkan pada harga RM4799 seutas.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami