Sebuah lagi peranti terkini daripada Nokia mula ditawarkan buat pengguna di Malaysia. Peranti pintar berkenaan adalah Nokia 6300 4G yang pada mulanya dilancarkan di Eropah terlebih dahulu sekitar tahun lalu. Nokia 6300 4G hadir dengan rekaan klasik yang diberi nafas baru bersama sokongan rangkaian 4G, Wi-Fi hotspot, Bluetooth, dan lain-lain spesifikasi asas untuk sesebuah peranti pintar.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2021/06/Nokia-6300-4G-Malaysia-001-950x950.jpg)
Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM299 dan hanya tersedia dalam satu pilihan warna iaitu Charcoal. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi beberapa saluran berbeza seperti kedai atas talian Nokia di Shopee.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2021/06/Nokia-6300-4G-Malaysia-003-950x745.jpg)
Nokia 6300 4G diilhamkan daripada versi asal dengan binaan berasaskan polikarbonat. Untuk spesifikasi ia hadir dengan skrin 2.8-inci, cip Snapdragon 210, memori 512MB RAM dan storan dalaman 4GB. Bateri pula berkapasiti 1,500mAh yang boleh ditanggalkan. Ia turut dilengkapi sebuah kamera VGA selain menjalankan sistem operasi KaiOS dan dipasang dengan KaiStore. Ia juga boleh mengakses sejumlah aplikasi dan perkhidmatan termasuk Facebook, YouTube, Google Assistant dan WhatsApp.
Sumber : Macpie Distribution