Telegram Turut Memperkenalkan Pelbagai Kemaskini Animasi Menarik

Diterbitkan pada Jun 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telegram nampaknya semakin hari menjadi semakin hebat, bukan sahaja sebagai aplikasi permesejan yang bersaing dengan WhatsApp. Tetapi turut menjadi pesaing kepada aplikasi perbualan audio seperti Clubhouse dan baru-baru ini telah menjadi pesaing kepada aplikasi telesidang dengan kemampuan melakukan panggilan video berkumpulan dengan kemampuan berkongsi skrin peranti.

Telegram turut mengemaskini aplikasi mereka dengan sokongan latar belakang beranimasi yang diprogramkan dengan algoritma tersendiri. Ciri ini membolehkan latar belakang berubah warna dan bergerak setiap kali mesej dihantar dan diterima. Selain itu, Telegram turut menambah kemampuan mencipta dan berkongsi latar belakang yang boleh digubah sepenuhnya oleh pengguna.  

Kemudian untuk setiap pelekat, emoji dan teks yang dihantar, Telegram menggunakan peralihan animasi yang lebih lancar dan menjimatkan bateri sejurus sahaja pengguna tekan hantar daripada papan kekunci. Khusus untuk iOS, fail media turut mempunyai animasi baharu ini. Pada iOS juga, latar belakang kini semi-telus pada bahagian pengepala dan kekaki dalam ruangan permesejan dan turut membenarkan pengguna memilih ikon baharu. Tambahan untuk iOS lagi adalah butang khas Ciri Telegram di tetapan yang membawa pengguna ke saluran khas untuk panduan penggunaan.

Pemberitahuan setiap kali Telegram dilog masuk turut ditambah dalam kemaskini ini. Ciri ini memudahkan pengguna ketahui nombor telefon masing-masing telah dilog masuk atau belum. Jika ada aktiviti log masuk yang tidak dikenali, Telegram ajan mencadangkan pengguna menukar nombor telefon atau tambah pengesahan dua faktor. Bot juga menerima menu baharu yang memudahkan lagi pengguna memberikan arahan dan untuk memudahkan para pembangun bot.

Seperti WhatsApp, Telegram turut menambah kemampuan berkongsi pek pelekat untuk memudahkan lagi pengguna berkongsi pek pelekat eksklusif atau kustom kepada pengguna lain. Beberapa emoji pegun terpilih jika dihantar turut akan menjadi emoji beranimasi, menceriakan lagi ruang permesejan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami