Rekaan Samsung Galaxy Watch4 Tertiris Sepenuhnya

Diterbitkan pada Jun 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Minggu depan Samsung akan melancarkan jam tangan Wear OS pertama sejak Gear Live tujuh tahun yang lalu. Pagi ini semua misteri mengenai Samsung Galaxy Watch4 terungkai selepas imej pengolokan rasminya tertiris menerusi laman 91 Mobiles.

Rekaannya masih mirip dengan Galaxy Watch Active2 dengan sisi yang lebih rata. Terdapat dua butang fizikal pada sisi kanan untuk navigasi tetapi nampaknya tiada lagi bezel berputar seperti pada Watch3. Walaupun hanya imej satu saiz sahaja akan tertiris, Samsung dipercayai akan menawarkan Watch4 dalam saiz 40mm dan 44mm. Pilihan warna pula ialah hitam, emas merah jambu, perak dan hijau.

Sistem operasi Wear OS kali ini mendapat sentuhan dari Tizen selepas Google dan Samsung bersetuju menyatukan sistem operasi peranti boleh pakai mereka. Dengan gabungan dua kuasa besar, mungkin akhirnya cabaran dapat diberikan kepada Apple yang kini mendominasi pasaran jam tangan pintar dunia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami