Pelancaran Samsung Galaxy S21 FE Mungkin Ditanggguh Ke Oktober

Diterbitkan pada Jun 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum ini muncul laporan pengeluaran Samsung Galaxy S21 FE telah dihentikan kerana Samsung mengalami masalah bekalan komponen. Mereka kemudian menafikan laporkan tersebut dan mengatakan peranti masih akan dilancarkan. Kini menerusi laporan media Korea, pelancaran telefon pintar ini dikatakan ditangguh pula ke bulan Oktober.

Peranti pada asalnya dipercayai akan dilancarkan pada bulan Ogos. Perubahan ke tarikh baharu pastinya berkait rapat dengan isu kekurangan cip global. Terdapat laporan waktu menunggu untuk cip Qualcomm mencecah 18 minggu dan kita sudahpun mendapat pengesahan S21 FE akan menggunakan Snapdragon 888.

Lebih mengejutkan dalam laporan yang sama peranti dikatakan akan hanya dijual di pasaran Amerika Syarikat dan Eropah sahaja. Ia langsung tidak akan dilancarkan untuk pasaran Korea dan Jepun. Penjualannya di pasaran Asia lain masih lagi misteri. Siri FE popular di negara seperti Malaysia kerana menawarkan ciri mercu tetapi pada harga lebih mampu milik berbanding versi asal yang dilancarkan di awal tahun,

Sumber FNNews

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami