FoodPanda kini dilihat menawarkan sejumlah penawaran untuk penghantar makanan mereka, termasuk pelan telekomunikasi dibawah Digi.
Melalui penawaran pelan ini, Digi menawarkan dua pelan dengan kontrak selama 24 bulan, dan turut menawarkan sejumlah pilihan telefon percuma.
Dua pelan yang ditawarkan adalah pelan RM48 sebulan yang hadir dengan panggilan tanpa had, serta data sebanyak 40GB.
Pelan RM78 sebulan pula turut hadir dengan panggilan tanpa had, dan penggunaan data sebanyak 60GB.
Tiga peranti yang diberikan sebagai pilihan peranti percuma adalah Vivo Y12D, Oppo A31 dan juga Vivo Y20s – masing-masing tertakluk kepada pakej yang dipilih. Jikalau berminat, anda boleh layari laman Digi Business hari ini, dan menyemak penawaran Digi khusus untuk penghantar makanan FoodPanda hari ini.
Bagi anda sendiri, adakah pelan ini berbaloi untuk mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan?