Cat Melancarkan Kasut Dengan Tapak Tambahan Untuk Aktiviti Lebih Lasak

Diterbitkan pada Jun 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Cat ialah syarikat yang terkenal dalam industri pembinaan dan sudah melancarkan telefon pintar mereka sendiri yang amat tahan lasak. Selepas kejayaan dalam dunia jentera berat dan telefon pintar, mereka kini menghasilkan pula kasut dengan inovasi tersendiri.

Menerusi Cat Crossover, mereka menghasilkan kasut yang boleh digunakan untuk aktiviti kasual dan melakukan aktiviti lasak. Tapak dalaman Crossover adalah rata sesuai untuk digunakan ketika berjalan sementara tapak tambahan yang boleh dipasang mempunyai permukaan yang lebih kasar.

Cat membayangkan situasi tapak luaran boleh ditanggalkan oleh pekerja tapak binaan setibanya di rumah bagi membolehkan mereka terus memakai kasut di dalam rumah. Bagi yang berminat sepasang Cat Crossover ditawarkan pada harga $80 (~RM332).

Sumber Cat

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami