Carian
Astro Menawarkan Akses Percuma Selama 14 Hari Untuk Sejumlah Saluran Disebabkan Gangguan Satelit
June 26, 2021 Aman

Astro kini mengumumkan mereka akan menawarkan akses percuma untuk sejumlah saluran mereka bagi para pelanggan Astro. Hal ini adalah disebabkan oleh gangguan satelit yang berlaku pada minggu ini.

Melalui penawaran ini, Astro menawarkan akses percuma untuk saluran seperti HBO, CInemax, Animax, tvN,  Cartoon Network, Discovery, National Geographic, Nickelodeon, Bloomberg dan sebagainya secara percuma untuk pelanggan Astro sedia ada.

Akses percuma ini akan diberikan bermula 1 Julai 2021 sehingga 14 Julai 2021 kelak. Pelanggan Astro juga akan dapat mengakses saluran-saluran ini secara percuma melalui Astro Go pada tempoh berkenaan.

Komen