Cari @ Amanz

Vivo Malaysia kini telah mengumumkan penawaran telefon pintar terbaru dibawah siri-Y untuk pasaran tempatan, iaitu Vivo Y12A.

Vivo Y12A meneruskan penawaran telefon pintar berspesifikasi pertengahan, hadir dengan skrin bersaiz 6.51-inci pada resolusi HD+, cip Snapdragon 439, memori 3GB RAM, dan storan 32GB. Ia turut hadir dengan bateri berkapasiti 5000mAh.

Telefon pintar ini menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti, dan turut hadir dengan pengoptimasian perisian Multi-Turbo 3.0 untuk meningkatkan prestasi ketika menggunakan aplikasi seperti permainan.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 13MP.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM529 di Malaysia hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd