MEASAT hari ini telah mengumumkan yang mana kini mereka dapati satelit MEASAT-3 mengalami degradasi perkhidmatan – sekaligus memerlukan masa tambahan untuk menstabilkan sepenuhnya satelit berkenaan.
MEASAT turut mengatakan mereka kini sedang memantau dan melakukan penyelenggaraan pada peringkat kritikal – dan sedang berusaha supaya mencapai prestasi yang disasarkan secepat mungkin.
Disebabkan oleh masalah ini, beberapa perkhidmatan terus menghadapi masalah. Salah satunya adalah Astro – dimana telah mengesahkan masalah ini, dan mengatakan pengguna di bangunan tinggi akan menghadapi masalah untuk mengakses beberapa saluran.
Astro turut meminta pengguna untuk strim kandungan melalui Astro GO sementara masalah ini diatasi sepenuhnya.