Cari @ Amanz

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini dilaporkan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bersama Telekom Malaysia dalam usaha mengenal-pasti kawasan yang mempunyai liputan internet yang lemah, atau tiada akses internet – sekaligus mengatasi masalah ketika pelaksanaan PdPR.

Seperti ramai sedia maklum, sejak setahun yang lepas, disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan, para pelajar perlu mengikuti pengajian dari rumah secara atas-talian. Namun, disebabkan oleh beberapa kawasan yang mempunyai capaian rendah, atau tiada akses internet ia menyukarkan proses PdPR berkenaan. Malah, terdapat pelajar yang perlu ke suatu lokasi yang jauh, atau membahayakan diri dalam mendapatkan liputan untuk mengikuti pengajian.

Internet

Jawatankuasa Khas ini akan mengenal-pasti lokasi di kawasan luar bandar dan di pedalaman, seterusnya menambah-baik, memperbaiki dan menaik-tarafnya. Jawatankuasa ini juga akan mendapatkan maklumat daripada syarikat telekomunikasi mengapa perkara itu berlaku dan langkah boleh diambil untuk mengatasinya.

Selain TM, syarikat telekomunikasi yang lain juga akan diminta membantu memastikan kawasan luar bandar mempunyai liputan internet untuk memudahkan pelbagai urusan, termasuk untuk PdPR.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd