Cari @ Amanz

Rekaan telefon zaman sekarang membosankan berbanding dua dekad yang lalu. Hampir kesemuanya mempunyai rekaan yang sehingga sukar membezakannya dari hadapan. Oleh itu setiap kali rekaan yang berinovatif dipatenkan kami ingin ianya menjadi realiti. Terkini Samsung mempatenkan rekaan sebuah telefon dengan skrin bahagian atas yang boleh ditanggalkan untuk menjadi sebuah jam tangan pintar.

Paten ditemui laman 91Mobiles selepas ia difailkan oleh Samsung ke laman WIPO pada tahun 2018. Selepas ditanggalkan, skrin boleh dilentur untuk dipakai pada pergelangan tangan seperti sebuah jam tangan pintar. Tetapi dari lukisan paten itu sendiri, dapat dilihat ia tidak dapat mengelilingi keseluruhan pergelangan tangan. Mungkin ia hanya sesuai untuk digunakan untuk membaca kadar nadi dan ECG tubuh pemilik secara sementara sahaja.

Paten telah lama difailkan tetapi sehingga kini peranti belum wujud. Maka bolehlah dikatakan ia tidak akan muncul dalam masa terdekat. Kerap kali paten dengan rekaan yang di luar kotak sengaja difailkan bagi memastikan sekiranya teknologi wujud di masa hadapan, mereka boleh menghasilkan peranti tanpa risau disaman.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd