Carian
JKJAV : Berhati-Hati Dan Abaikan Sebarang Borang Daftar Vaksinasi Yang Disebar Di WhatsApp – Hanya Guna Saluran Rasmi
June 28, 2021 Aman

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Covid-19 (JKJAV) kini mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati, dan abaikan sebarang borang daftar vaksinasi yang disebar di WhatsApp – atau mana-mana saluran yang tidak rasmi.

Orang ramai diminta untuk berhati-hati  dengan data peribadi yang dikongsikan, dan lindungi ia daripada disalah guna. JKJAV meminta pengguna untuk merujuk saluran rasmi JKJAV untuk sebarang maklumat berkaitan dengan vaksin Covid-19.

Untuk sebarang pendaftaran vaksinasi, saluran yang digunakan adalah laman rasmi VaksinCovid.gov.my, selain penggunaan aplikasi MySejahtera dan juta talian pendaftaran vaksin Covid-19 Kebangsaan di talian 1800-888-828.

Komen