Ini Ialah Senarai Siri CPU Yang Boleh Digunakan Untuk Memasang Windows 11 Kelak

Diterbitkan pada Jun 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft baru-baru ini telah mengeluarkan spesifikasi asas untuk membolehkan orang ramai mengetahui apa yang diperlukan untuk menggerakkan sistem operasi terbaru mereka, Windows 11 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Terkini, Microsoft telah mengeluarkan senarai rasmi untuk siri-siri CPU yang disahkan akan boleh disokong untuk pemasangan sistem operasi itu kelak, dan senarai ini mungkin akan mengejutkan anda sedikit.

Menurut senarai Microsoft sendiri, jenama CPU yang boleh memasang sistem operasi ini termasuklah AMD, Intel dan juga Qualcomm. Walaupun begitu, tidak semua CPU-CPU jenama-jenama ini boleh digunakan dan Microsoft telah mengesahkan senarai model tersebut dalam sebuah laman web.

Bermula dengan AMD, Microsoft mengatakan bahawa untuk jenama tersebut, CPU yang boleh digunakan untuk memasang sistem operasi ini ialah siri CPU AMD Ryzen 3000 keatas, manakala untuk Intel pula ialah siri CPU Intel generasi ke-8 dan keatas.

Untuk cip pemprosesan Qualcomm pula, Microsoft mengatakan bahawa model cip pemprosesan yang disokong termasuklah Snapdragon 850, Qualcomm 7c, 8c, 8cx, dan Microsoft SQ1 dan SQ2 yang dibangunkan dengan kerjasama dengan Qualcomm.

Menariknya, siri CPU Intel generasi ketujuh juga turut hadir dengan modul TPM tetapi tidak dimasukkan kedalam senarai CPU yang boleh memasang sistem operasi ini, yang agak menghairankan. Walaubagaimanapun, dengan senarai CPU ini, kita akhirnya dapat lihat apakah spesifikasi khusus yang diperlukan secara fizikal untuk menggerakkan sistem operasi baru tersebut.

Jika anda ingin mengetahui senarai penuh CPU-CPU yang disokong untuk memasang sistem operasi ini, anda boleh ke laman web Microsoft di sini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami