Prism+ Menawarkan Televisyen Pintar Android TV 4K 65″ Dan 55″ Pada Harga Bermula RM2,299

Diterbitkan pada Jun 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Prism+ hari ini mula menawarkan televisyen pintar Android TV mereka dari siri Q di Malaysia pada harga bermula dari RM2299. Ini adalah penawaran yang sangat kompetitif untuk televisyen pintar yang menyokong resolusi 4K di pasaran Malaysia.

Prism+ Q65-QE hadir dengan skrin 65″ Quantum IPS beresolusi 4K dengan sokongan HDR10 dan 60Hz. Sistem operasi Android TV 10 yang digunakan menawarkan pelbagai ciri menarik seperti sokong Netflix, Prime Video, YouTube dan Chromecast secara terbina. Kerana ia menggunakan Android TV, lebih 5000 aplikasi boleh dimuat turun menerusi Play Store.

Dari segi audio pula, sepasang speaker 20W disertakan dengan sokongan audio Dolby Audio dan DTS TruSurround. Sambungan yang diberikan ialah 2x HDMI 2.0, 1x HDMI 1.4, 1x LAN , 1x SPDIF, 1x AV dan 2 USB 2.0.

Prism+ Q55-QE menawarkan ciri yang sama tetapi dengan skrin lebih kecil 55″ sahaja. Di Malaysia pra-tempahan mula dibuka hari ini dengan jualan pada bulan Julai. Di Malaysia Prism+ Q65-QE ditawarkan pada harga RM2,999 manakala Prism+ Q55-QE pada harga RM2,299. Pelanggan yang melakukan tempahan awal akan menerima hadiah dalam bentuk kabel HDMI, kain pengelap skrin dan langgana WeTV VIP percuma selama tiga bulan.

Sumber Prism+

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami