iPhone 13 Pro Dijangka Hadir Dengan Kamera Lensa Ultra-Lebar Dengan Sokongan Autofokus

Diterbitkan pada Jun 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple pada tahun ini dijangka hadir dengan siri iPhone 13 menjelang sekitar bulan September kelak. Selari dengannya, beberapa desas-desus awal telah mula kedengaran.

Terbaru, hadir laporan baru mengatakan Apple akan menyertakan lensa ultra-lebar dengan sokongan autofokus pada iPhone 13 Pro kelak.

Untuk makluman, pada iPhone generasi kini, lensa ultra-lebar masih menggunakan sokongan lensa fokus tetap, membuatkan anda tidak boleh memfokuskan pada sesuatu objek.

Dengan lensa yang menyokong autofokus, ia akan membolehkan pengguna memfokuskan pada sesuatu objek, dan menghasilkan rakaman yang lebih cantik lagi.

Mengikut penganalisa, iPhone 13 Pro mungkin memulakan trend ini, dan diikuti dengan penggunaan lensa serupa pada semua model iPhone 2022 kelak.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan sekitar September atau Oktober kelak untuk mengetahui lanjut berkenaan kamera iPhone 13 ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami