Telefon Tahan Lasak Samsung Galaxy Xcover 5 Kini Di Malaysia

Diterbitkan pada Jun 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas melepasi laman SIRIM minggu lalu, Samsung Galaxy Xcover 5 akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Peranti yang cukup tahan lasak ini melepasi piawaian ketenteraan MIL-STD810H yang jauh lebih tinggi berbanding IP68 yang digunakan peranti kebiasaan.

Samsung Galaxy Xcover 5 dilengkapi skrin 5.3-inci TFT LCD dengan resolusi HD+. Ia juga dilengkapi cip Exynos 850 yang dibantu oleh memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Melengkapi peranti juga adalah bateri 3000mAh yang boleh ditanggalkan, kamera utama 16-Megapixel (f/1.8) , kamera swafoto 5-Megapixel (f/2.2) dan ketahanan IP68.

Tidak ketinggalan, ia juga dilengkapi fungsi push-to-talk yang membolehkan pengguna menggunakan peranti pintar ini sebagai walkie-talkie menerusi aplikasi Microsoft Teams.Spesifikasi lain termasuklah – sokongan NFC, pengecasan 15W, sistem operasi Android 11 dengan ciri keselamatan Knox dan sebagainya.

Pada waktu ini Samsung Galaxy Xcover 5 hanya ditawarkan kepada pelanggan perniagaan tanpa maklumat mengenai harga tetapi hadir dengan ciri Galaxy Enterprise Edition. Menerusinya peranti akan menerima sokongan perisian selama dua tahun dan sokongan tampalan sekuriti sehingga lima tahun.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami