Cari @ Amanz

Terdapat pelbagai teknik boleh digunakan untuk mengurangkan berat badan seperti bersenam, mengamalkan diet yang seimbang dan mengira jumlah pengambilan kalori harian. Bagi yang inginkan keputusan lebih pantas, pembedahan mengecilkan perut dan sedutan lemak menjadi pilihan. Kini sebuah lagi cara mengurangkan berat badan telah dicipta oleh University of Otago, New Zealand dan ianya seperti sebuah prosedur dari sebuah filem fiksyen sains.

DentalSlim Diet Control mengurangkan berat badan dengan mengawal bukaan rahang seorang invidu ke 2mm sahaja. Oleh itu mereka tidak boleh mengunyah makanan sehingga dan hanya diberikan diet dalam bentuk cecair. Dalam ujian klinikal selama 14 hari, peserta berjaya mengurangkan berat purata 6.36 kg seorang

Ia dipasang terus pada bahagian gigi geraham dengan menggunakan simen pergigian. Dua bahagian perant bercantum menggunakan magnet sekaligus mengunci rahang daripada dibuka untuk makan. Sekiranya rahang perlu dinyahkunci dalam situasi tertentu, pemakai diberikan kunci untuk membukanya. Malahan dalam ujian beberapa peserta mengelat dan membuka rahang untuk makan seperti biasa.

Menerusi ujian University of Otago ini, jelas sekali kunci kejayaan untuk mengurangkan berat ialah kezaman yang tinggi untuk mengekalkan diet yang diberikan. Tanpa disiplin, tidak ada satupun diet atau peranti mengurangkan berat akan mampu memberikan keputusan yang dikehendaki.

Sumber University of Otago

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd