Cari @ Amanz

Microsoft telah memperkenalkan sistem operasi terbaru mereka, Windows 11 dan memperlihatkan sejumlah ciri baru yang hadir pada perisian tersebut, tetapi masih banyak lagi perkara yang menjadi tanda tanya mengenai sistem operasi tersebut, yang dijangka akan tiba di pasaran sekitar suku terakhir tahun ini.

Menurut Tom Warren, editor The Verge, seorang pekerja Microsoft dilihat telah menciap mengenai salah satu fungsi yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai, iaitu mod gelap sepenuhnya pada sistem operasi tersebut.

Apa yang menariknya, melalui salah satu daripada tangkapan layar yang dapat kita lihat ialah penggunaan rekaan taskbar pada bahagian sisi bawah secara tradisional pada sistem operasi Windows sebelum ini.

Mod gelap yang diperlihatkan juga dilihat mempunyai perbezaan ketara dengan apa yang ditawarkan melalui Windows 10, yang mana hanya sebahagian daripada antaramukanya sahaja yang menerima rekaan mod gelap ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd