Cari @ Amanz

Terkini khusus untuk Chromebook atau peranti-peranti yang menjalankan Chrome OS, Zoom mula menawarkan aplikasi web dalam format PWA – iaitu aplikasi web progresif. Ia adalah aplikasi web dengan pengalaman penggunaan seakan aplikasi natif. Ia juga ringan, pantas, dan menggunakan storan kecil kerana saiz pemasangan yang lebih rendah. Menariknya, Zoom menawarkan aplikasi PWA ini melalui Google Play Store dan turut menyokong kemaskini agar semua ciri dan fungsi yang ada pada web turut boleh digunakan.

Menurut Zoom, penawaran aplikasi ini adalah untuk memastikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan pantas pada sistem operasi awanan seperti Chrome OS. Antara ciri yang diperkenalkan adalah paparan galeri yang boleh diubahsuai, memilih sendiri bilik rehat, transkripsi masa nyata, penterjemahan masa nyata, pemaskaan latar belakang baharu untuk privasi dan juga kemampuan mengangkat tangan dan memberi reaksi.

Zoom turut menambah beberapa ciri khusus untuk para guru dan pelajar yang lebih sesuai untuk sesi pembelajaran dari rumah. Aplikasi ini akan diterbit di Play Store bermula 29 Jun dan pengguna Chrome OS boleh mula menggunakannya tanpa membuka Zoom melalui pelayar web.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd