Pantau Penggunaan Data Anda Dengan Mudah Menggunakan Aplikasi Ini

Diterbitkan pada Jun 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, terdapat beberapa aplikasi yang memudahkan anda memantau penggunaan data, termasuk hadir terbina pada peranti anda.

Apa pun, sekiranya anda ingin melihat penggunaan data menggunakan rangkaian WiFi atau pelan data, serta melihat penggunaan setiap hari melalui paparan mudah, aplikasi Internet Speed Meter Lite untuk Android ini mungkin membantu.

Aplikasi percuma bebas iklan ini memudahkan anda melihat penggunaan data, selain pada masa yang sama turut memperlihatkan kelajuan internet pada bahagian atas peranti – dan membolehkan anda melihatnya ketika melayari web atau mengakses sebarang aplikasi.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Internet Speed Meter Lite ini di Android hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami