Carian
Imej Pengolokan OnePlus Nord 2 Tertiris Menunjukkan Sepenuhnya Rekaan Peranti
June 29, 2021 Amy Maizuraa

OnePlus Nord 2, sebuah lagi peranti terkini daripada OnePlus yang dijangka diperkenalkan sekitar bulan hadapan. Baru-baru ini, peranti pintar ini juga telah dilihat tersenarai menerusi sebuah platform penanda aras yang menunjukkan ianya dijana dengan cip MediaTek Dimensity 1200 dan memori 8GB RAM. Namun, ia juga dipercayai hadir dalam pilihan memori 12GB RAM.

Dalam perkembangan terkini, imej pengolokan untuk OnePlus Nord 2 tertiris menerusi perkongsian daripada 91Mobiles dan OnLeaks. Jelas kelihatan, ia menunjukkan keseluruhan rekaan pada peranti. Sekilas pandang, ia mempunyai persamaan dengan rekaan pada OnePlus 9 lengkap dengan modul kamera belakang berbentuk segi empat dan logo OnePlus. Bezanya cuma, terdapat perubahan pada susunan LED Flash dan lensa ketiga.

Pada bahagian hadapan pula terdapatnya skrin penuh yang mempunyai sebuah lubang kamera pada bucu atas kiri. Seterusnya, laras membisukan peranti dan butang kuasa diletakkan pada sisi kanan. Manakala, laras audio pula terletak di sisi bertentangan. Tidak ketinggalan, port pengecasan USB-C dan kekisi audio juga dapat dilihat pada bahagian bawah peranti. Menurut spekulasi awal, OnePlus Nord 2 akan menyertakan skrin 90Hz, sensor utama 50MP, kamera swafoto 32MP dan bateri berkapasiti 4,500mAh.

Sumber : 91Mobiles

Komen