Cari @ Amanz

Terdapat beberapa syarikat yang sebelum ini telah mencapai nilai pasaran $1 trilion, dan paling terbaru adalah Facebook.

Facebook mencatatkan nilai $1 trilion hari ini, selari dengan peningkatan harga saham mereka.

Facebook

Untuk makluman, terdapat beberapa syarikat yang sedia mencapai nilai pasaran $1 trilion sebelum ini, termasuk antaranya adalah Google, Apple, Amazon, Microsoft, dan juga Saudi Aramco.

Apa pun, agak menarik untuk melihat, Facebook adalah syarikat yang paling muda, dan mencapai nilai berkenaan dengan agak pantas berbanding yang lain.

Facebook pada hari ini mempunyai beberapa aplikasi utama yang digunakan ramai dibawah mereka, termasuk antaranya adalah laman sosial, Instagram, Messenger, WhatsApp dan juga Oculus.

Facebook juga dijangka menyertai arena penawaran peranti dengan lebih meluas tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd