Perkhidmatan Penstriman Permainan Video Xbox Cloud Gaming Dilancarkan Di 22 Negara

Diterbitkan pada Jun 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft hari ini mengaktifkan ciri Xbox Cloud Gaming (dahulu Project xCloud) kepada kesemua pelanggan Game Pass Ultimate di 22 negara. Menerusi Xbox Cloud Gaming, pelanggan boleh menikmati penstriman permainan video di PC Windows 10, telefon pintar dan tablet menggunakan aplikasi ataupun menerusi pelayar web.

Xbox Cloud Gaming menggunakan kelengkapan yang setaraf dengan sebuah Xbox Series X tetapi kesemua dilakukan di awanan sekaligus membebaskan pengguna dari membeli konsol fizikal. Microsoft melihat penstriman ialah masa depan dunia gaming dengan terdapat ramalan ini ialah generasi terakhir konsol fizikal akan ditawarkan.

Sejak sedekad lalu, pegangan platform PC dan konsol mula diancam oleh permua dengan lebih ramai menghabiskan masa pada peranti pintar yang lebih mudah dibawa. Pendapatan yang dijana oleh permua pada suku pertama 2021 misalnya adalah tiga kali ganda berbanding PC dan konsol.

Sumber Xbox

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami