Pada awal bulan ini, Raja Koduri, Ketua Arkitek Grafik di Intel telah mengacahkan bahawa pembangunan cip pemprosesan grafik paling berkuasa Intel setakat ini, yang dinamakan Intel DG-2 ataupun Intel Xe-HPG telah dalam berada dalam fasa terakhir pengujian.
Terkini, pihak Intel sendiri telah mengeluarkan ciapan mengatakan bahawa kad grafik Intel Xe-HPG tersebut nampaknya sedang bersiap sedia untuk membuat pengumuman rasmi ataupun melancarkan kad grafik tersebut tidak lama lagi.
Dalam sebuah ciapan, akaun Twitter IntelGraphics mengatakan bahawa mereka yang memiliki kad Odyssey Intel boleh mendaftar nama mereka untuk acara pelancaran akan datang Intel untuk mendapatkan hadiah. Walaupun begitu, butiran mengenai acara tersebut masih tidak diketahui lagi setakat ini.
Ia cukup menarik untuk melihat apakah yang akan ditawarkan oleh Intel untuk pasaran grafik ini, khususnya kerana ia ditakluki oleh NVIDIA dan AMD sahaja untuk sekian lamanya.