FoodPanda Umum Waktu Operasi Baru – 6 Pagi Sehingga 10 Malam

Diterbitkan pada Jun 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

FoodPanda kini mengumumkan waktu operasi baharu yang berkuatkuasa hari ini. Perubahan ini adalah selari dengan pengumuman kerajaan yang bersetuju membenarkan operasi premis kedai makan dan restoran kini bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam.

Mulai hari ini, perkhidmatan FoodPanda akan beroperasi bermula seawal jam 6 pagi sehingga 10 malam. Meskipun begitu, anda dinasihatkan untuk membuat pesanan terakhir selewat-lewatnya jam 9.30 malam bagi mengelakkan sebarang kemungkinan isu yang tidak diingini berlaku. Dalam pada itu, Foodpanda turut memaklumkan waktu operasi ini juga mungkin berbeza-beza mengikut waktu perniagaan sesebuah restoran itu sendiri.

Sumber : Foodpanda

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami